Sekapur Sireh.
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya JKKK Kampung Beladau Kepong telah melangkah setapak dengan mewujudkan tranformasi maklumat IT melalui laman internet untuk para-para pengunjung.
Saya bagi pihak JKKK Beladau Kepong akan sentiasa memperbarui data-data maklumat dalam laman ini untuk tatapan pengunjung di mana kecanggihan teknologi terkini, kewajarannya peredaran masa membuat kami sentiasa menyedarkan sebaran perkembangan perihal kampung kami.
Sekian, terima kasih
HASSIM BIN ABDULLAH
Pengerusi JKKK
SEJARAH KAMPUNG
Sejarah kewujudan kampung ini bermula pada awalannya dimana ketika itu laluan utama penduduk menggunakan laluan sungai. Sungai merupakan nadi utama sumber menjana pendapatan pada ketika itu, Sejarah terpahat permulaan penempatan penduduk dikampung ini melalui kesan sejarah, Tanah perkuburan Kandang dijangka berusia 200 tahun sebagai penanda penempatan awalan kependudukan orang-orang terdahulu.
Kampung Beladau Kepong dengan keluasan 1 kilometer persegi dan jarak 12 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Kampung Beladau Kepong berada di pinggir Sungai Terengganu dengan bentuk muka bumi 3/4 ditumbuhi kehijauan pokok-pokok duku dan kini Kampung Beladau Kepong dikenali Kampung dalam dusun.
PENTADBIRAN JKKK
PERTUBUHAN ( NGO ) DALAM KAMPUNG BELADAU KEPONG
1. Persatuan Belia Fajar Menyingsing ( MAYC )
Pengerusi : En. Mohd Effandi bin Abdullah
2. Persatuan Kebajikan Khairat Kematian
Pengerusi : En. Jusoh bin Ismail
3. Persatuan Kebudayaan ( Kumpulan Tar )
Pengerusi : En. Ibrahim bin Mohamad
4. Persatuan Ternakan Ikan sangkar
Pengerusi : Ibrahim bin Muda
5. Kumpulan Marhaban
Pengerusi : Puan Maziah binti Mohamad
6. Persatuan Pertanian Berkelompak
Pengerusi : En. Aziz binAhmad
7. Jawatankuasa Masjid Beladau Selat ( Gabungan )
Pengerusi : Tuan Haji Wan Mohamad bin Wan Chik
8. K Rukun Tetangga ( KRT )
Pengerusi : En.Hassim bin Abdullah
9. UMNO Cawangan Beladau Kepong 2014 - 2016
Ketua Cawangan : En. Zulfikri bin Muda
10. Wanita UMNO Cawangan 2014-2016
Ketua Wanita : Puan Maziah binti Mohamad
11. Pemuda UMNO Cawangan
Ketua Pemuda : En. Mohd Efandi bin Hj. Abdullah
12. Puteri UMNO Cawangan
Ketua Puteri : Cik Wan Nurul Lidya binti Wan ahmad
PENGLIBATAN
JKKK Beladau Kepong telah dipilih mewakili Daerah Kuala Terengganu ke Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu.