Naib Johan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2012

Naib Johan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2012
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Isnin, 24 Februari 2014

SEJARAH KAMPUNG BELADAU KEPONG



Sejarah kewujudan kampung ini bermula pada awalannya dimana ketika itu laluan utama penduduk mengunakan jalan sungai.Sungai merupakan nadi utama sumber menjana pendapatan pada ketika itu.Sejarah pemulaan penempatan di Kampung ini tidak dapat dipahat melalui sejarah, Cuma kesan sejarah dimana sebuah tanah perkuburan kandang dijangka berusia 200 tahun sebagai petanda penempatan awalan orang-orang terdahulu.

Kampung Beladau Kepong wujud pada awalnya satu gabungan Kampung yang asalnya Kampung Beladau Selat dan Kepong. Memandangkan kawasan geografinya yang luas, pada awal tahun 70 an , Kampung Beladau Kepong ditadbir sendiri untuk mengurus atur perjalanan pentadbiran Kampung.

Dengan keluasan 1 kilometer persegi dan jarak 12 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Kampung Beladau Kepong berada di pinggir Sungai Terengganu dengan bentuk muka bumi  ¾ di tumbuhi kehijauan pokok-pokok duku. Kampung Beladau Kepong dikenali kampung dalam dusun.




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan